Tuesday, 21 March 2017

Servis 1000 Km

Salammmm....

Kelmarin, odo meter menunjukkan sudah cukup kiraan perbatuan untuk di hantar  servis kali pertama 1000 km....

Temu janji sudah pun dibuat kira2 dua minggu yang lalu dengan pihak SC ( servis centre). Cuma di saat2 akhir, terpaksa tukar pusat servis kerana ada sedikit masalah dengan model kereta. Tidak mengapa.... sebenarnya saya  sudah penat membuat ervey tentang keperluan minyak enjin nie. 

Mengikut yang tertera di dalam buku manual kenderaan minyak 0W/20 adalah gred yang  sangat di "recommend"kan kepada pengguna. kemudian diiikuti 5W/30. Masalahnya ialah tak banyak pengeluar minyak engine yang comply dengan  0W/20 tue.. 

Contoh yang ada ialah  "Castrol Magnetic Start Stop", ia ada di jual secara online & minyak ini adalah  0W/20. 

Tetapi,minyak Castrol ini tidak ada pula dalam senarai pilihan di pusat servis tersebut.  Cuma yang ada untuk di pilih samada Mobil atau Petronas 

Sehinggalah ketika saya nak tukar pusat servis, saya cuba bertanyakan tentang minyak engin kepada  servis advisor tsb.  Menurutnya mereka hanya menggunakan jenama Petronas sahaja.  Pilihan yang paling sesuai adalah Petronas Syntium 3000 SE . ( 5W/30)

Dalam hati terdetik,  sejak bila ada minyak petronas SE nie??  ,, lalu terbaca sedikit fakta tentangnya di paultan.org


Rupanya minyak ini  baru dilancarkan pada tahun 2016 yang lepas. Minyak ini memang di reka khusus untuk pengguna kereta jenama Proton.   Patutlah 5W/30... rasanya jika Petronas Syntium 3000 yang bukan SE  5W/40...

Ada hikmah kenapa saat2 akhir kena tukar pusat servis.  :-)  :-)

Oh ya..lupa nak bagitau minyak SE ni hanya terdapat di outlet Proton Servis sahaja...
 pastikan yang Original !!!


Eh, panjangnya cerita pasal minyak engin kan.,? ok baiklah sambung balik kisah servis pertama 1000 km tadi.  Sampai  ok, taklah lewat . Ikutkan temujanji dalam 8 :15 pagi,  saya dah sampai  awal sedikit & terus ke kaunter penerimaan kenderaan.   :-)

Servis Advisor pun peramah dan dia pun, terus tunjukkan apa yang akan ditukar/servis..  Bila aku check, ada item yang tak berapa berkenan iaitu  "washer" ( untuk wiper cermin depan ) rasanya aku baru letak je beberapa minggu yang lepas. So, aku bagitau untuk cancel item tersebut. Kalau kene bayarlah,  harganya memang mahal juga. ( RM 6.++). Fuh !! dalam hati aku berkata"  Selamat !!" 


Memandangkan ini servis pertama, kos upah ( labour) adalah percuma. Minyak SE pun bagi aku kira murah juga ( RM 190) kalau tempat lain mahu dekat2 RM200. Mungkin sebab full sintetik kot. Oil filter pula dalam RM30. Semuanya lebih kurang dalam RM 227.65 ( kalau tak silap)..


Lebih kurang jam 10.00 pagi, siaplah kete saya diservis beserta  dengan basuh sekali. Rabu  ni plan nak balik kampung. Buat servis hari Isnin, tak lah sibuk sangat. Tetapi pusat servis ni di buka sampai hari Ahad !!  Awesome !!!

Sarapan dulu !!!

Servis In Progress !!









Friday, 17 February 2017

Ertiga 2017 with Yes Altitude



Salam bertemu kembali....


Sedikit entry untuk kali ini..


Pada petang (17/2/2017) tadi menerima panggilan telefon daripada En. Adi, sale advisor proton


Pada mulanya aku menyangkakan dia nak maklumkan duit claim NCD insurans hari tu dah masuk..


Ohh, silap dia nak maklumkan bahawa aku mendapat sebuah telefon Yes Altitude pemberian daripada pihak proton sempena pembelian kereta proton kelmarin. alhamdulillah...


Telefon free, siapa tak mau kan..?   Melihatkan spec telefon tsb, ianya agak berbaloi, 8Megapixel  kamera di belakang, memori sebanyak 1Gb, Storan 8Gb hmmm ... apa lagi ye..? boleh google cari..


Bertambah berbaloi lagi apabila turut disertakan dengan pelan data sebanyak 16Gb selama setahun !!!


so,   tak payah beli data la lepas ni... jimat lagi...  Pelan pre paid tsb akan automatik renew setiap bulan ( menurut kata En. Adi )sehinggalah Feb 2018 ... waktu tu dah kira tamat ler...


Itulah rezeki petang jumaat nie...  alhamdulillah sekali lagi...


Di bawah ini, ada picture tsb,..  




TQ Proton .... :-) mmg  hphone lama  baru je rosak...


Sunday, 29 January 2017

Ertiga @ Youtube

Assalam.... hari ini saya ingin berkongsi pautan2 berkaitan MPV Suzuki Ertiga yang sudah lama ada di jalan2 di Indonesia mahupun India... 

sumber video ini saya ambil daripada Youtube. 

Mohon maaf sekiranya terdapat elemen2 penipuan... Tapi apa yang telah saya saksikan, video2 ini memaparkan keupayaan sebuah MPV Suzuki Ertiga... 
.................Selamat menonton.. !!!


ERTIGA NAIK GUNUNG 










PERJALANAN LEBIH 24 JAM MENGGUNAKAN SUZUKI ERTIGA 








LAGI AKSI PANJAT GUNUNG !!!













Jalan yang sangat merbahaya : Ertiga @ Manali Kaza Road


Terbaik !!! ( bagi saya ini, persembahan terbaik Ertiga ) :-)




ASEAN NCAP TEST !!  4 Bintang !!!

















Sunday, 22 January 2017

ERTIGA 2017 DAH SAMPAI



Assalam...
Bertemu kembali... minggu yang begitu sibuk...  :-)

Sedikit tentang kereta Ertiga saya...
Pada 16hb Januari lepas, En. Adi menelefon memaklumkan pendaftaran kereta Ertiga . Dah sampai rupanya kereta baru tu... 
Kemudian kira-kira jam 6 .petang lebih baru boleh saya ambil di PESB .( Proton Showroom)

Sesampai saya di situ, en. Adi dah bersedia untuk memberi sedikit taklimat ttg kereta. Rupa2nya masih ada beberapa perkara yang saya belum tau tentang kereta Ertiga nie.. Hmmm heran juga, sebelum ni pun banyak review ttg kereta ni di internet, tetapi tak jumpa ttg hal tsb.

Antaranya :-
1.  tekan remote sekali adalah utk buka pintu driver shj, tekan 2x baru semua 
     pintu boleh buka.
2. Cermin belakang tidak ada defros utk hilang kabus waktu hujan, tetapi 
    buka aircond dah mencukupi untuk hilangkan kabus tsb.

3. Lampu depan boleh adjust ketinggian suluhannya.

dan ada lagi cuma pada masa ni tidak sempat untuk dicoretkan semuanya....

sekian sahaja untuk kali ini...








Saturday, 14 January 2017

My Ertiga


Alkisahnya, aku pun pada Disember 2016, telah bergegas ke showroom proton bagi melihat dengan lebih dekat model yang terbaru ini. Memandangkan kereta saga blm lama aku masih ada baki installment 2tahun, Aku cuba untuk trade in dahulu , kemudian bercadang untuk ambil model Ertiga ini.

Di penghujung tahun 2016, proses Trade-in keerta lama mesti dibuat dengan segera bagi mengelakkan "harga turun " dengan banyak apabila melepasi tarikh 31.12.2016  -hehehe.

Setelah dibantu oleh encik Adi, seoarang proton salesman, ada sebuah used car yang mahu kereta tsb. Walaupun pada mula nya aku agak tak puas hati dengan harga yang ditawarkan, namun apakan daya, kereta saga blm tersebut perlu dilepaskan dengan segera.  Maka urusan "fullsettlement " berjalan dengan baik. Begitu juga proses untuk matikan Roadtax dengan JPJ serta Proses untuk claim takaful Insurans. ( maklumlah insurans baru je renew bulan September 2016 yang lalu)

Masuk je tahun 2017, meniti hari untuk tunggu kehadiran kereta baru. Insha - Allah, blog ini mmg di jadikan wadah untuk mengisi maklumat2 berkenaan pengalaman memiliki dan menggunakan Proton Ertiga bagi tujuan perkongsian info bersama... 
kredit kepada : https://www.autofreaks.com



Sekian sahaja untuk kali ini & Mohon Maaf,

Blogger ErtigaProton.blogspot.my

PROTON ERTIGA 2017


Proton Ertiga, begitulah nama model yang telah di perkenalkan oleh pihak Proton bagi menutup tirai tahun 2016. pada 24 November 2016 yang lalu, secara rasmi nya model ini telah dilancarkan di Setia Alam, setelah begitu banyak khabar angin yang melanda media sosial.Anda boleh baca berkenaan dengan proton Ertiga tersebut di pautan

http://paultan.org/2016/11/24/proton-ertiga-mpv-launched-in-malaysia-rm59k-65k/

Sebenarnya model asalnya adalah Suzuki Ertiga  yang kian lama telah popular di Indonesia &  India. Malah, di dalam portal rasmi suzuki juga ada mengiklankan model ini. 


Berikut adalah beberapa video Proton Ertiga  yang boleh di dapati di youtube.

KREDIT KEPADA Paultan.Org

https://www.youtube.com/watch?v=PwiMl5to6C8
Kisah Perbandingan Proton Ertiga  dan Suzuki Ertiga.


https://www.youtube.com/watch?v=b27lgE0UzG4
Satu Review tentang Proton Ertiga yang "sempoi" daripada krew Roda Pusing... Tahniah !!


p/s: Mohon maaf jika ada maklumat yang tidak tepat di dalam blog ini.