Tuesday, 21 March 2017

Servis 1000 Km

Salammmm....

Kelmarin, odo meter menunjukkan sudah cukup kiraan perbatuan untuk di hantar  servis kali pertama 1000 km....

Temu janji sudah pun dibuat kira2 dua minggu yang lalu dengan pihak SC ( servis centre). Cuma di saat2 akhir, terpaksa tukar pusat servis kerana ada sedikit masalah dengan model kereta. Tidak mengapa.... sebenarnya saya  sudah penat membuat ervey tentang keperluan minyak enjin nie. 

Mengikut yang tertera di dalam buku manual kenderaan minyak 0W/20 adalah gred yang  sangat di "recommend"kan kepada pengguna. kemudian diiikuti 5W/30. Masalahnya ialah tak banyak pengeluar minyak engine yang comply dengan  0W/20 tue.. 

Contoh yang ada ialah  "Castrol Magnetic Start Stop", ia ada di jual secara online & minyak ini adalah  0W/20. 

Tetapi,minyak Castrol ini tidak ada pula dalam senarai pilihan di pusat servis tersebut.  Cuma yang ada untuk di pilih samada Mobil atau Petronas 

Sehinggalah ketika saya nak tukar pusat servis, saya cuba bertanyakan tentang minyak engin kepada  servis advisor tsb.  Menurutnya mereka hanya menggunakan jenama Petronas sahaja.  Pilihan yang paling sesuai adalah Petronas Syntium 3000 SE . ( 5W/30)

Dalam hati terdetik,  sejak bila ada minyak petronas SE nie??  ,, lalu terbaca sedikit fakta tentangnya di paultan.org


Rupanya minyak ini  baru dilancarkan pada tahun 2016 yang lepas. Minyak ini memang di reka khusus untuk pengguna kereta jenama Proton.   Patutlah 5W/30... rasanya jika Petronas Syntium 3000 yang bukan SE  5W/40...

Ada hikmah kenapa saat2 akhir kena tukar pusat servis.  :-)  :-)

Oh ya..lupa nak bagitau minyak SE ni hanya terdapat di outlet Proton Servis sahaja...
 pastikan yang Original !!!


Eh, panjangnya cerita pasal minyak engin kan.,? ok baiklah sambung balik kisah servis pertama 1000 km tadi.  Sampai  ok, taklah lewat . Ikutkan temujanji dalam 8 :15 pagi,  saya dah sampai  awal sedikit & terus ke kaunter penerimaan kenderaan.   :-)

Servis Advisor pun peramah dan dia pun, terus tunjukkan apa yang akan ditukar/servis..  Bila aku check, ada item yang tak berapa berkenan iaitu  "washer" ( untuk wiper cermin depan ) rasanya aku baru letak je beberapa minggu yang lepas. So, aku bagitau untuk cancel item tersebut. Kalau kene bayarlah,  harganya memang mahal juga. ( RM 6.++). Fuh !! dalam hati aku berkata"  Selamat !!" 


Memandangkan ini servis pertama, kos upah ( labour) adalah percuma. Minyak SE pun bagi aku kira murah juga ( RM 190) kalau tempat lain mahu dekat2 RM200. Mungkin sebab full sintetik kot. Oil filter pula dalam RM30. Semuanya lebih kurang dalam RM 227.65 ( kalau tak silap)..


Lebih kurang jam 10.00 pagi, siaplah kete saya diservis beserta  dengan basuh sekali. Rabu  ni plan nak balik kampung. Buat servis hari Isnin, tak lah sibuk sangat. Tetapi pusat servis ni di buka sampai hari Ahad !!  Awesome !!!

Sarapan dulu !!!

Servis In Progress !!









No comments:

Post a Comment