Friday, 21 September 2018

Tayar ertiga (spare)


Ceritanya bermula  beberapa bulan sebelum cuti raya haji, belek 2 tayar spare, ingatkan nak terbalikkan bhgn punat isi angin ke bhgn yang mudah dilihat . 

Bukan apa senang nak isi angin nnti, tak payah perlu buka  cover besi penahan tayar tu..


Kemudian ini lah hasilnya.... kelihatan tayar spare ni macam dan  terkena sparay  yang kaler hitam dibawah  kereta.. apa nama ye .. anti russ ek..?  so, agak buruk sikit rupanya...

tayar ni  jenis GT radial, rim 15 saiz  195 kalau x silap..

 Nantio next servis nak try tanya kat SC... apa citernya ye..

( maaf gambar nnti update) 





Saturday, 12 May 2018

SERVIS ERTIGA KALI KE-3



Hello word! 

Bersua kembali... lama bonar tidak mengupdate
Blog ertiga..  tggu ada kisah baru boleh update.. kali ini  posting
Ttg servis kali ke 3 Proton Ertiga. Temu janji dah di buat lbh krg
Sebulan yg lalu... time in jam 8:15  am, tak lah lewat sgt... sblm
sampai td dah pekena roti bakar telur goyang n secawan teh
tarik... syukur... tahu dah kang kete tu nk servis mesti lebih
Drpd sejam... cafe pun xde kat situ.. biskut n cofffe 3 in 1
with hot water.... kikii... janji makan ye dak...

Walaupun milleage masih belum cukup utk servis 20K, namun masanya dah sampai  6 bulan ( which one come first)  lagipun , tarikh last claim free servis (labour shj) ialah 30 April 2018...

Menghadap SC mnceritakn perjalann / problem kete... mula2.
Tanya tttg servis free labour ( minyak dll kene caj ), kira ni last lh
next ada caj labour. Komplen ttg bunyi brake belah kanan passenger
berbunyi jika brake pelan2.. then tanya ttg getah hos yg mengelupas
akibat si spray clear oleh pihak production proton ( konon nk bg engin
berseri mcm baru).  Tanya ttg minyak engine sepatutnya depa isi 3.1 liter
spt dlm buku manual, beli 4 liter, so kasi balik la 900 ml..boleh kumpul
utk jimat beli minyak next servis. Tapi apa dia kata? Takde belen. Pihak SC 
isi mmg 3.8 l, pelik juga. Manual tulis 3.1 liter, mana boleh lebih atau kurang
klau kita check deepstick bacaan antara 2 titik tu, mestilah dia isi 3.1 Liter kn?

logik nya begitu. Takkan manual book tu silap cetak.. pening oo. 

Saya ada bertanyakan kpd juruteknik di situ, dan dia mmg bgtau bhw jika letak 3.1 l shj, mmg xcukup. jadi dia isi minyak engine tsb sehingga paras yg sesuai dengan melihat pada deepstick tsb. 

Walaubgaimanapun, pihak SC memberikan jaminan bhw jika apa2 yg berlaku akibat drpd tsb, mereka akan tanggung. ( leh pcaya ke?).. 

Setelah mnggu start jam  8 pagi lebih, hinggalah jam 11.30 pg baru siap diservis... total kerugian adalah Rm 219.++   

Kpd pembaca muslimin & muslimat blog ini, saya mengucapkan selamat berpuasa & mhn maaf jika ada silap dan salah....  Sekian sahaja utk kali ini... adios... !!!!


Menggunakan minyak petronas syntium Special Edition (SE) yang hanya boleh di dapati di pusat servis proton shj !

Saturday, 30 December 2017

Bunyi ertiga lagi ...



Salam semua...

ahaaa.... Baru ada ruang utk mengupdate sedikit info  berkenaan dgn permasalahan Ertiga ...
Bermula pada semenjak beli baru perasan ada  bunyi seperti kaca tingkap berlaga atau bergetar2..  puas sudah   buat self check, namun  tidak ketemu dgn punca permasalahan tsb..

lantas bawa  ke SC  (pusat servis)  utk pemeriksaan yang  lebih lanjut..

Setelah check, pihak SC minta untuk ditinggalkan kereta sehari , letak pagi, ptg dtg ambil 

aku  Ok je... namun  tetiba belah ptg masa nak ambil ter..pihak SC call bagitau kene tinggal 3 hari pulak..!!!! Adoi...!!!!

Memandangkan masih ada warranty dan kita pun tak tahu apa sebenarnya masalah tsb.. aku bersetuju shj utk tingglkan ertiga selama 3 hari... so naik motor je la jwb nyer.. huhu 

pada hari ke-4 aku pun dtg ke SC untuk mangambil ertiga yang telah siap.. namun kene tunggu 
pulak beberapa jam kerana pihak SC kata mereka jumpa bunyi lain pulak..

Walaubagaimanapun, bunyi tsb telah hilang..( tq SC ) kata nya berpunca daripada ruang aircond blower  ditempat penumpang belakang tue... ada braket yang longgar.. lebih kurang mcm tue lah kata pihak SC..

Cuma ada satu getah tue dah mcm buruk dan berkupih2... sbb kene sembur ubat kilat enjin tue.. ( "clear"). tak tau lah  samada dpt claim atau tidak.. tapi dah pun maklumkan pd mereka. 

itu sahaja dari saya melaporkan.... sekian terima kasih.. ( gambar tak jumpa nak letak.. nnt update lain yekk..) 

###  Selamat tahun baru 2018 buat semua pembaca yang setia..!!!  ###




Sunday, 1 October 2017

Problem Proton Ertiga 2017


Salam semua...

Agak sudah lama saya tidak mengupdate ruangan MPV ertiga ini. memang tidak di nafikan agak sibuk dengan pelbagai urusan harian...

Ada beberapa isu yang mula hangat diviralkan berkenaan dengan isu kualiti proton Ertiga ini. Sungguhpun kenderaan asal Ertiga ini adalah keluaran Suzuki , namun masalah isu & kualiti masih tidak dapat dpisahkan... sila lihat foto2 di bawah... walau bagaimanapun setiap isu insha -Allah ada jalan keluarnya...







Tuesday, 30 May 2017

Ertiga & Kualiti isu


Salam maya...

Sedikit luahan saya berkenaan dengan proton ertiga yang masih baru di pasaran malaysia..

Ada beberapa isu berkaian dengan kualiti kereta ini yang telah saya hadapi.. setelah hampir 6 bulan pemanduan..

1. Lampu  depan sebelah kiri menjadi bintik2 - kalau tengok secara kasar mmg tak nampak.  Bintik2 nie tidak mengakibatkan air masuk dalam lampu cuma jadi tak cantik bebranding lampu sebelah yang ok & clear. Proton SC : Kena getah pelam , cuba polish dulu :- nak polish macamana kalau dari dalam lampu tu !!!!!

2. Casing dekat kunci start kereta macam tak rapat. - Saya dah pergi ke 2 tempat Proton SC untuk buat aduan,   Proton SC :- Casing dah rapat , ada klip sahaja, mmg macamtu !!!!

3. Kesan macam calar2 dekat odo meter .  Proton SC : - mungkin ianya kedutan plastik s yang melindungi LCD tsb sahaja.

4. Casing dekat penutup pintu bonet belakang sebelah kiri macam tak kemas berbanding sebelah kanan. Proton SC : - setakat macamtu sahaja yang boleh adjust.


Sungguh menyakitkan hati apabila mereka memberikan komen2 spt di atas tanpa terus membenarkan kita untuk "claim"   seperti yang mereka bekalkan dalam buku warranty tsb..




patutlah Protong ini akan di jual kepada Syarikat Geeli...   Mungkin ini lah balasannya...

p/s: lepas ni  mmg akan reject what ever protongg care.....   better peroduan/hondi/toyo

#Walau bagaimanapun, keselasaan kabin dan enjin mmg terbaik                 (teknologi Suzuki katakan ..) Hanya Isu kualiti  material spt di atas shj...

Sekian....

Sunday, 2 April 2017

Test Drive Ertiga 2017



Assalam...

Buat pertama kali ni, Ertiga  akan di pandu uji bagi menaiki jalan Batang Kali - Genting yang sedikit mencabar...

Sedikit review:

Pada hari menaiki Genting tersebut, aku telah cuba memotong ketika di laluan memotong. Prestasi Ertiga tidaklah menghampakan. Berjaya memotong dengan baik. Namun, sewaktu menuruni Genting menuju ke Genting Sempah, baru perasan keadaan handbrake terasa suam-suam panas. 

Ketika menuruni Genting ( bukit) aku cuba mengurangkan penggunaan handbrake, namun keadaan fizikal Ertiga yang aku sifatkan "agak tinggi", membuatkannya  tujahan kedepan lebih laju & perlu menekan brake dengan kadar yang lebih berbanding sebuah kereta yang lebih rendah fizikalnya..

Apabila berhenti seketika di bahu jalan, aku memeriksa brake depan tayar, tidaklah  begitu panas, masih boleh sentuh dengan tangan. :-)   

Begitu juga ketika masukkan gear kadangkala jika buka tingkap terdengar sedikit bunyi ( mcm besi berlaga- mungkin gigi gear atau rod2 berkaitan dengan pacuan gear kot. ketika nak masuk gear jer bunyi)

Bagi gear pula normallah ia panas sedikit sebab kerap guna gear tinggi     (  2 -3)

Cuma ia telah menjadi persoalan kenapa handbrake panas? Adakah di sebabkan ketika aku  memotong, kelajuan meningkat dan memaksa sistem ABS berfungsi dan efeknya handbrake menjadi panas???

Ketika balik, sekali lagi Ertiga dipandu melewati kawasan berbukit Genting.  Pada kali ini, aku lebih berhati2, tidak  "speeding". Meminimakan penggunaan brake.  Hasilnya,  hand brake masih ok, tidak sepanas seperti kali pertama dahulu..

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut permasalahan tersebut, aku membuat appointment dengan pihak SC Proton . 

Lalu, Ertiga di bawa untuk diperiksa.  Oh, ya aku lupa nak bagitau satu lagi masalah yang telah dijumpai, tetapi ianya tidaklah  serius.

Pada lampu depan sebelah kiri,  jika dilihat dengan teliti ianya seakan2 "berlumus" ada bintik2 kecil pada bahagian dalam lampu. ia bukan air atau kabus.  Mungkin kualiti plastik dan seumpamanya.. Lampu depan sebelah kanan, ok je  Clear... ( lupa nak snap gambar. Nanti aku update)


Hasil pemeriksaan pihak SC Proton mendapati :
1.  Handbrake menjadi panas = normal dan tidak serius.( mungkin cara pemanduan) 
2.  Minyak Gear manual =  masih ok dan mencukupi.
3.  lampu depan (kiri) = akan di rujuk kepada pihak atasan, jika boleh claim pihaknya akan telefon.


Rasanya aku nak try tanya pomen Abg. Din, takut jawapan yang diberi mungkin ada  berat sebelah... mana tau kan..?  Sekian sahaja, 

Aik... masuk balik bengkel ni.... 



Jadual rutin servis Ertiga Manual..

Tuesday, 21 March 2017

Servis 1000 Km

Salammmm....

Kelmarin, odo meter menunjukkan sudah cukup kiraan perbatuan untuk di hantar  servis kali pertama 1000 km....

Temu janji sudah pun dibuat kira2 dua minggu yang lalu dengan pihak SC ( servis centre). Cuma di saat2 akhir, terpaksa tukar pusat servis kerana ada sedikit masalah dengan model kereta. Tidak mengapa.... sebenarnya saya  sudah penat membuat ervey tentang keperluan minyak enjin nie. 

Mengikut yang tertera di dalam buku manual kenderaan minyak 0W/20 adalah gred yang  sangat di "recommend"kan kepada pengguna. kemudian diiikuti 5W/30. Masalahnya ialah tak banyak pengeluar minyak engine yang comply dengan  0W/20 tue.. 

Contoh yang ada ialah  "Castrol Magnetic Start Stop", ia ada di jual secara online & minyak ini adalah  0W/20. 

Tetapi,minyak Castrol ini tidak ada pula dalam senarai pilihan di pusat servis tersebut.  Cuma yang ada untuk di pilih samada Mobil atau Petronas 

Sehinggalah ketika saya nak tukar pusat servis, saya cuba bertanyakan tentang minyak engin kepada  servis advisor tsb.  Menurutnya mereka hanya menggunakan jenama Petronas sahaja.  Pilihan yang paling sesuai adalah Petronas Syntium 3000 SE . ( 5W/30)

Dalam hati terdetik,  sejak bila ada minyak petronas SE nie??  ,, lalu terbaca sedikit fakta tentangnya di paultan.org


Rupanya minyak ini  baru dilancarkan pada tahun 2016 yang lepas. Minyak ini memang di reka khusus untuk pengguna kereta jenama Proton.   Patutlah 5W/30... rasanya jika Petronas Syntium 3000 yang bukan SE  5W/40...

Ada hikmah kenapa saat2 akhir kena tukar pusat servis.  :-)  :-)

Oh ya..lupa nak bagitau minyak SE ni hanya terdapat di outlet Proton Servis sahaja...
 pastikan yang Original !!!


Eh, panjangnya cerita pasal minyak engin kan.,? ok baiklah sambung balik kisah servis pertama 1000 km tadi.  Sampai  ok, taklah lewat . Ikutkan temujanji dalam 8 :15 pagi,  saya dah sampai  awal sedikit & terus ke kaunter penerimaan kenderaan.   :-)

Servis Advisor pun peramah dan dia pun, terus tunjukkan apa yang akan ditukar/servis..  Bila aku check, ada item yang tak berapa berkenan iaitu  "washer" ( untuk wiper cermin depan ) rasanya aku baru letak je beberapa minggu yang lepas. So, aku bagitau untuk cancel item tersebut. Kalau kene bayarlah,  harganya memang mahal juga. ( RM 6.++). Fuh !! dalam hati aku berkata"  Selamat !!" 


Memandangkan ini servis pertama, kos upah ( labour) adalah percuma. Minyak SE pun bagi aku kira murah juga ( RM 190) kalau tempat lain mahu dekat2 RM200. Mungkin sebab full sintetik kot. Oil filter pula dalam RM30. Semuanya lebih kurang dalam RM 227.65 ( kalau tak silap)..


Lebih kurang jam 10.00 pagi, siaplah kete saya diservis beserta  dengan basuh sekali. Rabu  ni plan nak balik kampung. Buat servis hari Isnin, tak lah sibuk sangat. Tetapi pusat servis ni di buka sampai hari Ahad !!  Awesome !!!

Sarapan dulu !!!

Servis In Progress !!